Alhamdulillah, thumalhamdulillah walhamdulillah.
Syukur kita kepada Allah, bersyukur kita kepada Tuhan sekalian alam.
Syukur kita kepada Allah, bersyukur kita kepada Tuhan yang Maha Pengasih
Bersyukur kita kepada Tuhan yang Maha Penyayang, yang Maha Pengampun, yang Maha Berkuasa.
Dia telah ciptakan dunia ini.
Dia telah ciptakan manusia.
Dia telah menjadikan ada yang kafir, dan ada yang beriman kepadaNya.
Dia telah menciptakan benda hidup.
Salah satu daripada benda hidup itu adalah manusia.
Bersyukurlah kita kerana diciptakan menjadi manusia.
Dalam banyak2 manusia, bersyukurlah kita kerana kita dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang yang beriman kepadaNya. Yakni bersyukurlah kerana lahir2 sahaja kita sudah menjadi seorang muslim.
Tak perlu susah2 mencari agama untuk dianuti. Kisah Salman alFarisi si pencari kebenaran menjadi motivasi diri.
Bersyukurlah kita dalam banyak2 rakyat Malaysia, hanya kita yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara.
masyaAllah, Alhamdulillah. subhanaAllah.
Bersyukurlah kita, dalam banyak2 Malaysian yang ada di Luar Negara ini, Allah telah memilih kita untuk berada di United Kingdom.
Nikmat dapat tengok tempat orang.
Nikmat melancong
Nikmat satu kelas dengan omputih
Nikmat elaun dalam pound sterling
Dan segala nikmat yang ada.
Bersyukurlah kita, dalam masyarakat di UK ini yang majoriti bukan umat Islam, Allah masih pilih kita untuk menjadi penganut agamanya. Alhamdulillah.
Bersyukurlah kita, dalam ramai2 Malaysian yang ada UK ini, Allah masih memilih kita untuk melanjutkan pelajaran di University of Surrey ini.
MasyaAllah, Alhamdulillah, SubhanaAllah.
Bersyukurlah kita kepada Allah, dengan kekuasaan dan hikmah yang hanya diketahuiNya, Allah telah memilih kita untuk berada di jalan ini, yakni di jalan dakwah & tarbiyyah.
Allah telah memilih kita untuk sama2 berganding bahu, untuk sama2 kembali kepadaNya, untuk sama2 bangun daripada tidur, untuk sama2 menegakkan kembali Islam…
Untuk kembali menegakkan Islam di hati kita… dan seterusnya…
marilah kita bersyukur, marilah kita menggunakan nikmat yang Allah beri ini ke arahNya juga..
cuba tengok 14:7
16:18
16:18
0 comment:
Post a Comment