assalamualaikum wbt semua,
apa kaba =)
insyaAllahu taala, hari ni ana nak post tentang Jet Lag. Ibrah ataupun pengajaran yang ana dapat akibat drpd Jet Lag tempoh hari.
okay.
1st of all (cewah), apa itu jet lag? sila type kat google, serius pendek je.
basically, orang tu bila dia travel jauh, waktu tempatan dah bertukar, sistem dalam badan dia susah nak adept dengan environment baru dalam masa yang singkat. Waktu tidur terganggu. Insomnia sekejap. Pening. huhu.
seperti yang ana alami, emmmm dalam 3-4 hari jugak la. ana tak boleh tidur malam. siang baru nak tidur. pastu pening2 sket.
huhu. alhamdulillah dengan izinNya, beberapa hari lepas, ana dapat berfikir tentang ada hikmah disebalik apa yang Allah sudah aturkan.
dengan izinNya, ana susah nak tidur malam. ana tidur dalam 10 malam, then terjaga pkul 1 pagi. then tak boleh2 tidur dah.
yang paling ana dapat detect kelebihan dia adalah, dengan izinNya kita dapat bangun menunaikan solat di tengah malam dan juga dapat menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (sudah tentunya di awal waktu).
iye lah kan, dah tak boleh tidur. dengan izinNya, Dia gerakkan hati kita untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah.
dengan izinNya juga, Allahu Taala menggerakkan hati kita untuk menunaikan solat sunat sebelum subuh yang memang super duper banyak kelebihannya.
"Dua rakaat (solat sunnah sebelum) Subuh lebih utama dari dunia dan seisinya." (HR. Muslim, At-Turmudzi, dan An-Nasa'i)
"Rasulullah saw tidak melaksanakan solat sunnah serutin seperti ketika melaksanakan dua rakaat sebelum subuh". (HR. Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)
"Janganlah kalian meninggalkan dua rakaat sunnah sebelum Subuh, meskipun kalian dikejutkan oleh kuda-kuda perang." (HR. Ahmad)
Aisyah r.a pernah berkata, "Rasulullah saw pernah melaksanakan solat dua rakaat sebelum subuh dengan ringkas, sampai-sampai saya bertanya, 'Apakah beliau sempat membaca Al-Fatihah atau tidak'." (HR. Al-Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud).
huhu. ni baru kelebihan solat sunat subuh. belum solat fardhu subuh lagi!. masyaAllah. masyaAllah. masyaAllah.
nak minta tolong antum boleh?
minta tolong doakan ana supaya senang faham apa yang dipelajari. exam nak dekat dah. huhu.
jzkk
Allahua'lam.
Ibnu Hamzah
0 comment:
Post a Comment