Mencari Keredhaan Allah

'Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya untuk mencari keridaan Allah... ' (2:207)

Tuesday, 13 December 2011

alhamdulillah, maybe he needs more than me :)

Assalamualaikum semua, 

apa kaba =) 

jzkk kerna masih sudi membaca blog yang ntah ape2 ni :( 

nak share sket perkara yang ana alami. 

Jumaat lepas, sebelum ke solat Jumaat, seperti biasa ana akan ke Prayer Room utk mengambil wudhu. 

ana ke sana berdua dengan sorang ikhwah. 

seusai ambil wudhuk, (masih di dalam prayer room) ada seorang brother ni datang kepada kami dan bertanya, 

"emm excuse me brother, do you see my socks here? does anyone take it?"

"errr... yes, someone took it, and I know that person. but maybe he not really meant to steal your socks", jawab saya

brother yang kehilangan socks tadi tu terus menunaikan solat sunat di dalam prayer room dan kami pun terus ke Main Hall utk Friday Prayer. 

tapi sebelum kami bertolak ke Main Hall, sempat saya berkata kepada dia, 

"Brother, I can show you that person after pray", and he replied, "yes sure"

Bila dah habis solat, ana dapati orang yang mengambil socks tu dah pergi. 

Then ana didatangi oleh brother tu...

"excuse me brother, can you show me the guy?" 

"okay sure. emmm but I think he's left.''

dan dengan tenangnya brother tu jawab, 

"owh alhamdulillah. maybe he needs more than me, jazakallahkhair"

Ibrah (pengajaran) : - 

(1) Brother yang kehilangan stokin tu pada ana dia ada sifat yang dia tidak memiliki apa2. semuanya Allah punya. Ya memang dia berusaha untuk dapatkan semula stokin tu, tapi selepas berusaha dan masih tak dapat, dia cepat2 kembali kepada Allah dan meredhai apa yang berlaku. Juga kisah yang sama berlaku kepada Salman AlFarisi (kalau tak salah) ketika mana dia hendak meminang seorang perempuan, at last org pertengahan (yang menguruskan proses kawen dia tu) yang dapat kawen dengan perempuan tu. Salman al Farisi relaks je, bahkan siap support lagi majlis itu dengan menggunakan duit yang yang dia simpan utk majlis dia. 

(2) Ketenangan yang brother tu ada. Sangat tenang. walaupun waktu mula2 time nak cari stokin tu dia agak gelabah sikit, tapi overall ana tahu, dia tenang dan relaks je. cool je. 

(3) Simpan barang kita elok2 :D 

*teringin gak nak jadi penulis yang boleh tulis pasal dakwah & tarbiyyah* 

doakan ana eh? ;) 

ibnu hamzah

4 comment:

Anonymous said...

insyaALLAH

muzhafar said...

insyaAllah

MyzaAli said...

tersenyum baca ni, dpt rasa betapa tenangnya brother tu, kirim salam k :) hehe

muzhafar said...

hehe